Tuesday 10 April 2012

Maulid Perdana di Masjid Besi :Pengalamanku

Gembira hatiku saat mendengar khabar bahawa kami akan ke majlis Maulid Perdana di Majid Besi yang akan dihadiri oleh 10 ulama' terkemuka termasuklah Walid, Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin AlMaliki.
     Tarikh hari ini 8 April 2012, pagi-pagi lagi, sudah ku lihat kakak-kakak senior bersiap-sedia dalam pakaian sekolah kami iaitu baju cream, kain hitam dan bertudung labuh cream bersulam biru. "Ah, aku lupa... Form 4 dan form 5 hari ini ada seminar di Pusat Islam, awal jam 7:30 nanti mereka harus bergerak ke sana," Selepas menjalankan rutin harianku di asrama iaitu, solat subuh berjemaah, membaca hizib Imam Nawawi kemudian membuat khidmat bersih asrama, aku terus menggapai Al-Qur'an di atas locker-ku dan sambung menghafal surah Al-Baqarah m/s 12 di  Maktabah.
     Temanku, Nurina datang "Rajinnya... " Aku ketawa kemudian sambung menghafal, 'Wiiiirrrr....' bunyi yang seluruh warga Aspuri kenal iaitu bunyi van yang menghantar makanan sudah tiba. Kak Hazira dengan suaranya yang lantang pun terus menjerit "Woi, Sarapan, Woi!" Nurina Mengajak aku untuk bersarapan dengannya, Aku menyimpan Al-Qur'an kemudian pergi ke bahagian kantin untuk mengisi perutku yang kosong.
    Selepas sarapan jam menunjukkan 0915, waktu solat Dhuha, turun musollah. Selepas solat Dhuha tibanya masaku untuk membersihkan diriku. Aku terus ke tandas asrama baru dan mandi sebersih-bersihnya.
                                                                       to be continued