Tuesday, 20 September 2011

Rekaan-Realiti:.. Akhirnya Pak Ngah Kahwin Juga

 Pada tarikh 16 September 2011, malam sebelumnya ibu dan ayah sedang bercadang mengenai "Majlis Pernikahan Pak Ngah" yg akan berlangsung. Mereka bercadang  untuk bangun awal dan bertolak pada jam 6.30 pagi, tetapi apa yang terjadi kami terlewat dan bertolak pada jam 7.30 pagi.
 Kami memastikan rumah dalam keadaan yang selamat dan segera masuk ke dalam kereta dan bertolak ke Serting, N. Sembilan. Kemudian, kami tiba di Masjid Bandar Baru Serting tepat-tepat 9.30 pagi. Tetapi masjid tersebut kosong dan yang kami temui adalah Maksu ku dan beberapa ekor kucing (yang tiada kene mengena). Kami  bingung lantas ibuku cuba menelefon semua saudara-maranya kerana tiada liputan. Akhirnya, iu dapat menghubungi nenekku, nenek memberitahu segala perancang pernikahan tersebut.
 Rupa-rupanya kami harus ke Masjid Felda Lui Barat. Pada mulanya, kami tersesat di Kampung Lui Selatan, selepas menanya arah kepada beberapa orang penduduk di situ. Kami tiba juga di Kampung Lui Barat. Kami terlambat beberapa minit apabila tiba di masjid. Semua saudara-mara telah berkumpul, aku dan kakakku agak terkejut melihat rupa paras Pak Ngah yang berseri-seri, maklumlah bakal menjadi 'Raja Sehari'.
 Wakil daripada pengantin perempuan telah memulakan perbincangan dan menyetujuinya. Kami masuk ke dalam masjid, semua saudara mara yang membawa kamera sudah bersiap-sedia untuk mengambil gambar kedua-dua pengantin semasa acara akad nikah.
 Kakakku meneliti muka Pak Ngah dan memberitahuku bahawa Pak Ngah sebenarnya berpeluh akibat gementar. Ayah juga memberi telefon bimbitnya untuk kakakku mengambil gambar pasangan sejoli itu. Sebaik sahaja Pak Ngah melafazkan "aku terima nikahnya....." dalam masa yang sama semua orang berpusu-pusu mendekati pasangan pengantin tersebut.
 Sesi menyarungkan cincin, memakaikan gelang dan mencium pengantin saudara-mara tidak lekang mengambil gambar tanpa henti. Akhirnya! Hari tersebut dalam sejarah semua orang berkata "Akhirnya Pak Ngah kahwin juga...:

-Tamat-

No comments:

Post a Comment