Thursday, 23 August 2012

Celoteh Kanak-kanak

Malam ni, rumah nenek didatangi sepupu nenek...
   Dua buah kereta parkir didepan tumah nenek, Yana tak pandang pun orang dewasa yang keluar dari kereta tapi pandang kanak-kanak sahaja.
Yana nampak 2 bayi yang didukung emak sendiri, 2 budak lelaki berumur sekitar 3-5 tahun, dan 2 budak perempuan berumur sekitar 4-7 tahun.
  Yana dengan KakMia duduk di dapur sehingga atuk menyahut suruh kami buka lampu lip-lap di luar. Kitorang pun keluar, tiba-tiba 2 budak lelaki keluar, seorang berbaju hitam tanya "Akak buat ape? Jom keluar" dia mengajak adiknya yang berbaju coklat untuk keluar rumah.
  Adiknya yang masih pelat berkata-kata padaku, Yana ak beberapa faham dengan ayatnya, tetapi Yana dengar dia sebut "kasut" so Yana tanya "Pakaikan kasut ke?" dia mengangguk, abangnya berkata "tak payahlah" Yana temuduga diorang, yang sulung bernama Afwa, tujuh tahun. Kedua Hadi, dipanggil Abang Adi berumur 5 tahun. Umar yang ketiga berbaju coklat berumur 3 tahun. Yang bongsu Umair, tidak pasti berapa bulan lagi.
  Kemudian, ibu pula yang menyahut namaku, aku lari ke belakang dapur, sambil menolong ibu berborak juga. Yana nampak kucing paling garang sekali kat rumah nenek ni, Puteh, masuk ke ruang dapur. Tiba-tiba sahaja Hadi melangkah masuk dan mukanya nampak teruja sangat. Dia mengusap badan Puteh dari belakang dan Puteh seperti ular tedung pusing dan cakar Hadi dengan pantas.
  Muka Hadi cuak sebentar dan bertukar merah seperti hendak nangis, dia mengeluh "sakiiii~ kucing cakar~" Apatah lgi Yana lari ke arahnya, cepat-cepat ambil air paip yang sejuk dan tepek sedikit ke bahangian tangannya yang tercalar, Yana pun cuak, tak mahu lah ada budak nangis sebab kucing.
  Otak Yana mula blur, Yana tanya dia "Kene air sakit tak?" dia menggeleng. Yana tekan sedikit tangannya "Tekan macam ni sakit tak?" dia menjawab "tak.... Ah, tu dia! tu dia!" jarinya menuding ke arah Puteh yang berjalan ke arah peti ais. Yana ketawa kecil, dan hantar dia ke ruang tamu untuk bertemu emaknya.

No comments:

Post a Comment