Yana baru dapat berita yang ada orang percaya bahawa memakai pendakap gigi braces tu haram, sebab haram? Diorang jawab: sebab kita mengubah sesuatu benda pada diri kita yang asalnya ciptaan Allah. Yana dengan jujur memang tak setuju dengan jawapan ni. Lepas tu, diorang kata "samalah istilahnya dengan buat pembedahan plastik, contohnya nak mancungkan hidung,"
Yana masih tak setuju dan jawab:
Bedah plastik tu lain, hidung ni asal memang sejak lahir kita ada, dari baby sampai ke tua pun, macam tu jugak rupa hidung kita, sebab tu tak boleh ubah, tapi gigi ni lain.
Gigi asalnya tiada, pastu ada kemudian roboh (cabut gigi susu) dan tumbuh gigi kekal. Gigi kita jadi buruk pon sebab salah sendiri, contohnya: time kita nak roboh semua gigi, ada yang tak jaga gigi betul2, akibatnya buruklah~
Tetapi bagi zaman yang semakin moden ni, dah ada kemudahan yang bantu mengemaskan rupa kita, gunakanlah peluang yang ada, istilahnya sama seperti rambut. Rambut kalau tak kemas mestilah nak sikat, kan? So, gigi tak kemas mestilah nak cantikkan.Rambut kalau gunting/botak berapa kali pun, tumbuh balik, sebab itulah hukumnya bukan haram
No comments:
Post a Comment