Showing posts with label dakwah islam. Show all posts
Showing posts with label dakwah islam. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Bye Bye 2013....

few days left to 2014...
okay, i think since i got into highschool, i can see the differences not from me, but the surrounding and also my old friends.
2012, I was 13 and I went to STIAS, that school was brilliant! very tight schedule, but only the strong-hearted people could stay at that school, wanna know why?
1= that school doesn't has staff or janitor, only canteen crew, so students will clean the class, the school hall, the toilets and teacher's toilet too.
2= we only have 4 dormitary and two wardens, both of them are fierce as tiger (if we ever get punished, it's never a simple punishment) like read Suroh Yaasin at the graveyard around 1.00 am
3= most of the seniors care about hygiene, to bring big name on our school, and good grades, probably?
4= it's a tahfiz school so, each day 1 page of qur'an or more (if you can't make it, you gotta stand in the sun till you get it, the boys can see you!)

supermuslimah | via Facebook

That school will turn you into the perfect muslimah if you keep an open-hearted because they will push you to this and that, but don't ever complain.
I know that school is full of Allah's blessing, because everytime our Walid had an event, it always rain.... Rain is blessing that shows Allah's saw you hardwork to gain something!
But I moved is not because I can't stand, only rich kids can afford, RM600  a month, baby...
And, at that time, my parents having a dilema. but I wish I didn't moved out, I always wanted to stay and feel closer to Allah

</3

2013, I moved to SMAI and I'm 14....
way too different from STIAS
Lonely.
I always think by myself, this school sucks but the outside me lies, I keep smiling and laughed at their no-funny-at-all jokes because I don't want to hurt their feelings. The differences was,
it's not a school bunch of smartypants, it's like a school where adults dumped their unuseful kids...
So, I'M ATOTAL GEEK in the early years, because they all like to do bad/naughty things but I just sit there and watch until one time I tried to be like them, and it was fun ♥ - Nyanyan - Otaku do Ataku!
 
Okay, okay... I was wild! with them, until one day, I went back home and saw my friends from STIAS post all fun time they had, and they all look so sincere and good... I was so damn JEALOUS!
 

Jealous
 
I realized I changed... the way I speak, the way I dress, the way I do, it was so rough and sounded like I'm a gangster... But it wasn't too late to change, so I decided to be a straight-to-point person. Whenever I see my friends wearing or doing bad things I just spill it out to them, and finally a little by little of them changed...
I'm glad, and there is a movie I saw, it says "I don't think you should follow whatever your friend said, maybe it's your time to told 'em the right thing"
 
Untitled
 
But, friendship is always important, that's why they say, friends with the good one, but if you don't find them maybe it's time for you to change them! So that's all from me!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatu
 
Google-Ergebnis für http://www.cafe-anime.de/wcf/images/photos/photo-8161-f48cd93d.jpg this sounded so cheesy~

Saturday, 13 April 2013

Everything Happen has it Own Lesson

ana memang suka letak title bahasa inggeris tapi isinya bahasa melayu.... hahaha...
 semalam ana balik bermalam, so sekarang ni kat rumahlah.
awal-awal lagi ana dah sedih sebab ana sebenarnya masuk satu pertandingan melukis guna photoshop, tapi ana dah tanya kawan-kawan (girls & boys) takde pulak yang ada photoshop.
balik rumah pon laptop ana size mini ni mana muat nak simpan app macam tu. ana rasa ana terlampau mengharap so Allah pon bagi dugaan cenonet macamni kat ana... dugaan: kes takde photoshop tak boleh masuk pertandingan :(
Tetapi, adik ana yang ailurophilia (animal-lover) nampak anak kucing kat kantin sekolah ana bawa pulang anak kucing tu untuk dirawat.
Kitorang pon bawaklah jumpa vet, doctor tu kata "it's still a kitten, so we can't give any kind of medicine because of its weak antibody"
Doktor tu pon ada kasi petua : minum susu cereal (bukan yang serbuk) @ minum air garam (jangan masin sangat)

Bila balik rumah, banyak benda ana tak puas hati, so...
biasalah perempuan, buat emo gitu~ terpaksalah ibu melayan perangai setan ana ni, lama lah jugak ana merajuk tapi mak ana layan baik je. Kadang-kadang tu ibu ada cakap "hei, nak ibu lempang ke?" tapi nampak sangat dari riak muka ibu tu... ibu cakap tak berniat pon. Kalau mak korang ada cakap kasar macam ni, korang kene faham yang dia nak takutkan kita supaya kita tak terbuat apa-apa, tak nak tambah dosa lagi.

Hesh, kalau ayah ana ada takde lah berani sangat ana nak buat perangai, rindu juga kat ayah yang asyik kena merantau benua je. Ana pon boleh perasanlah yang ayah rindu kat ibu,  kalau telefon lama betul tak takut ke makan bil banyak padahal nak tanya khabar je. Haaa, macam tu lah bila rindu sanggup buat apa je.

Malam tu, kitorang feed kitten tu, kitten tu kasi lah jugak respon, mewing, mata pun terbuka, boleh berjalan tapi macam orang mabuk sebab lemah sangat. Dalam 5-6 langkah terus jatuh. Lawak tapi kasihan juga.

Pagi tadi pula, bangun-bangun je ibu cakap "mommy got a bad news" dengan muka toyeee ana pon jawab "what??? the kitten's dead" ibu pon angguk,  adik pula terus bangun menegak ikut ibu nak kuburkan dia. ana yang takde feeling sangat ni datang lambaat sikit. nak cergaskan diri dalam tandas dulu >.> kehkehkeh.

Ibu nak tanam Cloudy (nama kitten tu) kat belakang rumah, ana pon tolong korek lubang. adik pula cuma merenung tak terkata. waktu nak balut Cloudy tapi badan dia dah keras. Selepas uruskan jenazah Cloudy, adik pula yang moody. ana faham perasaan dia yang terlampau sayangkan haiwan tapi ibu dah pesan awal "fitrah haiwan, makan, minum, breeding, mati" adik ana memang senyap sangat bila bercakap pun seakana berbisik. "Cloudy tahu adik sayangkan dia, tapi nak buat macamana, Allah lebih sayangkan dia" lagi pun adik tu masih ada two turtles yang sangat active. Setiap perbuatan kita yang baik pasti dibalas baik... Al-Fatihah untuk Cloudy.

Lepas Isya' ayah call, he spoke to mommy and mommy pass it to adik, adik said that "Losing the cat same as losing mommy and daddy" okay, that sounds very deep... tak sangka adik akan keluar ayat macam tu. Ana tak tahu lah pula apa yang ayah jawab tapi rasanya ayah kasi nasihat yg POWER. Biasalah tu, perkataan yang keluar daripada mulut bapa kat perkataan berhikmah.
Hari ni dengan semalam, agak down tapi harap esok there will be sunlight <<.<< erk... mendelah ana merepek ni?

P/S: setiap yang berlaku perlu kita renungkan dah putarkan ke bahagian positif! Jadikan iktibar! sama macam cerita pen habis dakwat (ada dalam salah satu post ana)

Saturday, 19 January 2013

Senang dan Susah

Haaaah... dah lame ana tak post pasal dakwah islam lagi kan?
Sebenarnya, banyak serita, ilmu yang ana dah dengar dan dapat nak kngsikan tapi takde mase nak post.
Maklumlah, sekarang tengah bersekolah, so kat asrama all the time and nak balik rumah pun sekali-sekala je.
Lagi satu hal pulak, ibu ngn ayah tengah ada masalah duit so bende yang tak penting taknak bayar dahulu macam internet.
Disebabkan hal kecik macam tu sahaja, ana cume boleh online dekat CC (cybercafe). Kalau online kat CC takde suasana macam nak cari atau kongsikan ilmu sebab dalam CC, most of the people main games, and CC pon bole smoking.
InsyaALLAH, kalau ada rezeki ada lah tu masa ana akan post dakwah yang bermacam-macam lagi.
Dakwah yang ana dapat share buat masa ni pun mengenai ALLAH tarik nikmat senang. Kalau hidup senang mesti ada kaitan dengan duit, kan?
Secara jujurnya, ayah ana bagitau ALLAH memang dah kasi petunjuk sejak ana lahir lagi yang ana anak yg jenis makan duit mak ayah. Masa ana dilahirkan, ayah terpaksa tambah duit sebab ana kena 'vacuum' (hehe.. tak payah lah explain.) waktu sekolah rendah ana yang selalu dapat barang yang best-best (kuat meminta). Waktu sekolah menengah pulak pergi sekolah tahfiz yang SWASTA so bayaran bulanan +RM500, naik form 2 pindah sekolah agama SWASTA juga tapi bayaran bulanan murah sikit dalam +RM300. Ana ni boleh sikatakan hidup dalam kesenangan je setiap masa tapi... ana tak boleh riak sangat dan kene mengenal erti bersyukur dan sentiasa meminta bantuan dari ALLAH.
Sebab macam musibah yang boleh terjadi pada ana. Macam sekarang, ALLAH dah tarik nikmat kesenangan ana sedikit sahaja iaitu duit. Kira okeylah tu...
Sebab kalau masalah duit ana still boleh cari duit dengan bekerja dengan lebih keras! bukan ana seorang, family member yang lain sekali.
Cuba bayangkan kalau ALLAH tarik kepandaian, kesihatan, keimanan kita . Lagi susah!
Kalau Allah tarik kepandaian kita, kita mesti tak disenangi ramai orang, hanya burukkan nama sendiri sahaja.
Kalau Allah tarik kesihatan kita, dapat pulak penyikat yang serius sampai kena terlantar di hospital berbulan-bulan? Tu pun dah cukup seksa bagi ana.
Kalau Allah tarik keimanan kita, tiba-tiba join blackmetal ke, terjebak gejala sosial ke, hisap dadah ke? OOOH~ tak payah nak panjang lebarkan lagi...

So ana harap dengan penerangan yang singkat ni antum semua dapat memahami mesej yanag ana nak sampaikan, Alhamdulillah. Kita perlu sentiasa tingkatkan diri kita menjadi hamba yang lebih UMPH lagi dan jadikan hari ini lebih baikdari semalam dan mengharapkan hari esok adalah hari yang terbaik!

Friday, 28 December 2012

Everybody's Mommy

We all used to hear "Mom knows best"
Well, most of us believe that we didn't learn from the words.
What I'm trying to say is, what's the point if we agreed what people were saying but we did not do what we just agreed.
Like a school want to have a big Teacher' s day event, everybody said "Yes1" but the pupils just so lazy to work on it...
In the end, the event wasn't look like a Teacher's day Event.

Today's topic: Our beloved Mom!
I actually don't really believe that  what Mom knows is the best.
Because everytime I follow's Mom instruction in doing that and this, and it end up to be a massive disaster!
Actually, it's not that horrible, just end up wrong.

a pic of my Mother and lil sis... 
This pic is ugly

My mom is a person that, let say quirky, yes she is quirky yet funny... sometimes clumsy.
And she sucks on singing... 
Eventhough she is a not a perfect woman but she is my mom. She may have the worst instinct in our family, because she is my mom.
And, you can't push Mommy's advice away.
I BELIEVE THAT PARENT'S WORDS ARE THE WORDS THAT CAN SAVE YOU FROM DROWNING IN THE CRUELTY WORLD.

Tuesday, 25 December 2012

Fun in the Flood

MasyaAllah, siapa warga Malaysia yang tak tahu mengenai negeri2 yang banjir?
Antaranya Pahang, tempat ana tinggal ni.
Banjir yang menyebabkan baju susah nak kering, nak keluar beri barang keperluan tak boleh (road-jam), nak tengok astro pon tak boleh, cuaca sejuk yang boleh menyebabkan ramai orang demam dan pelbagai lagi lah...
Tapi tak pernah lagi ana dengar ada orang komplen "Banjir ni menyusahkan ah"
elok lah tu...

agaknya ramai orang dah sedar dan sentiasa mengingati diri "Hujan itu rahmat", Allah yang menentukannya dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak semestinya bila banjir ni kita tak boleh nak buat benda lain.
Fikir-fikirkanlah. Mungkin, Allah buat banjir pada waktu cuti sekolah ni supaya budak-budak takde laa ingat pasal "freedom" sangat, cuti-cuti takdelah nak berfoya-foya sangat, layan TV 24 jam.
Ana cuti sekolah sebenarnya 4 minggu je sebab sekolah agama, janganlah kita terus fikir "Alaaa.... sekejapnye cuti sekolah ni" memang kita akan rasa sekejap je kalau fikir macam tu, vice versa-kan.
"Apa yang aku buat selama cuti ni?" mesti banyak dah buat dan belajar untuk bersyukur "Heish, 1 hari aq tgok TV 10 jam ganti lah nanti waktu persekolahan belajar 1 hari 10 jam"
Ana takdelah jamin korang semua nak buat cuma nak kasi contoh sahaja dalam mem-positifkan benda.
Ana walaupun cuti sekolah cukup-cukup 1 bulan, tapi rasanya banyak ana dah buat selama ni,
sempat ercuti di Cameron Highland, balik kampung jumpa saudara, belajar memasak dengan nenek, ronda-ronda di KL ngan parents, balik kampung teman wan pulak. 
And, smpat je ana beli barang keperluan sekolah yang baru, sempat je ana tengok anime, kakak ana pun tak lepas episode drama korea.
Keluarga ana gune dongle je kat rumah nak pakai internet, terpaksa share 5 orang, dan semua sempat je buat kerja masing-masing?
Apa pun, kita manusia kena belajar dan menghayati lagi makna "menghargai".

Monday, 3 December 2012

Apakah tanda bersyukur kita kepada Allah?

Kisah ini ana ambil daripada kisah sejarah Rabiatul Adawiyah, pejuang islam wanita yang amat mencintai Allah sehingga tidak layan pinangan raja-raja mahupun hartawan.
     Pada suatu hari, Rabiah berjalan ingin menuju ke sebuah istana dan dia terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membalut kepalanya dengan mencebik muka, Rabiah bertanya "Mengapa tuan membalut kepala?" lelaki itu memandang Rabiah dan menjawab "Kepala saya sakit, pening..."
    Rabiah bertanya lagi "Tuan sudah hidup selama berapa tahun?" berkata lelaki itu "30 tahun lebih, kenapa?"
"Selama 30 tahun lebih tuan hidup, adakah tuan sentiasa sihat atau sakit?" lelaki itu menjawab "Saya sentiasa sihat dan jarang mendapat sakit" bertubi-tubi soalan Rabiah ajukan "Adakah tuan bersyukur kerana sakit?" lelaki itu segera berkata "Sudah tentu!"
     Rabiah tersengih, "Jikalau begitu, balutan di kepala tuan adalah tanda bersyukur tuan terhadap Allah, bukan? Kerana Allah sentiasa memberi tuan kesihatan yang elok," lelaki itu baru sedar selepas mendengar kata-kata Rabiah. Dan tidaklah dia berasa marah apabila mendapat sakit sebaliknya, sakitlah yang membantu kita sentiasa beringat kepada Allah yang sentiasa memberi kesihatan.

Positif yang sentiasa tersembunyi

     Suatu hari, ana pergi berjumpa dengan ustazah ana, Ustzh. Ke, untuk mendapatkan tandatangannya untuk kertas kerja ana. Ustzh. Ke membelek kertas kerja ana dan mengambil pen birunya untuk menandatangani kertas kerja tersebut, dakwat daripada pen tersebut tidak keluar rupanya pen biru tersebut sudah kehabisan dakwat.
     Ustazah ana menyimpan pen biru itu sambil mengucap "Alhamdulillah" dan mengeluarkan pen biru jenama lain, Ustzh. Ke bertanya kepada ana "Kamu biasanya sedih atau gembira kalau pen sudah habis dakwatnya?" ana tunduk dan menjawab "selalunya sedih..."  Ustzh. Ke menjawab "Yang sepatutnya, kita gembira kerana pen ini telah berkhidmat dengan kita untuk menulis kalimah-kalimah, perkataan mahupun contengan sehingga habis dakwatnya," Ustzh. Ke tersenyum melihat ana ternganga dengan jawapan diberikan.
     Ana sedar yang positif sentiasa ada di sekeliling kita, hanya kita sebagai manusia sentiasa berfikir negatif.

Sunday, 2 December 2012

Perempuan Zaman Sekarang

Mulai post yang terbaru ni Yana nak guna perbahasan "Ana-Antum"
Ana-Saya
Antum-Korang

Topik hari ni yang ana nak bincangkan ialah tentang perempuan, ana sendiri sebagai seorang pelajar yang duduk dekat asrama, dah biasa sanagt kene tegur ngn warden lelaki, kene kutuk dengan pelajar lelaki
nowadays, it's seems to be normal
Tapi, kalau zaman mak-nenek ana dulu, perempuan dah kene sound sikit pun dah blush muka ni! Kita sebagai pompuan kene ada rasa malu, tapi malu yang berpada-pada lah.

Ana mula sedar yang perempuan zaman sekarang dah macam rock kapak semasa tengah berborak ngan geng >.< heh! Time tu ana sedar, beberapa kawan ana duduk dengan cara yang pelik, tak sopan paling biasa diperkatakan TAK MACAM PEREMPUAN.
Bila sume pelajar kena berkumpul dalam madrasah, ana ter"intai" pelajar lelaki dan sedar, cara mereka duduk lebih sopan dari perempuan ! alahai~ malunya...

Alasan yang perempuan selalu kasi, "susah nak duduh sopan kalau pakai kain" macam tak logik je, sebab kain dah kasi 'RUANG BEBAS' dekat seluruh bahagian kaki, apa yang susah dan tak panas pon!
Ana tengok pelajar lelaki, mereka pon pakai kain pelekat, cara duduk:-  tegangkan kain pelekat, labuhkan lutut dahulu, duduk dengan tenang (dah macam bersimpuh pun ada)
Siapalah sangka lelaki pun tahu rasa malu duduh terkangkang dalam majlis ilmu.

Lagi satu masalahnya, satu kelompok perempuan tengah berjalan lepas tu, terasa diri ni macam ada orang duk usha, dah kembang dah punggung tu, siap jeling-jeling, control ayu!
Tak perlulah, sebab lelaki tu usha kita pun tak pasti tengok bahagian baik atau bahagian buruk diri kita.
Ana sarankan korang sentiasa berfikir 'vice versa'

kalau ana tengah kutuk lelaki ngan kawan-kawan ana, ana akan fikir vice versa "agak, pernah tak lelaki kutuk perempuan juga?" dengan cara ni kita akan ada rasa macam sendiri bersalah, sama dengan situasi antum nampak lelaki usha antum, dalam hati pun terdetik "eeeh~ lelaki tadi usha aku, eeeh~" fikir vice versa, bayangkan kita ialah lelaki itu "eee~ aku terpandang minah tu je, mesti dia ingat aku nak usha dia.... yik!"

Kesimpulannya, kita yang masih menuntut ilmu ni fokus pada masa depan sahaja, kalau hati terdetik rasa jealous sebab kawan-kawan semua dah berpunya, kita sahaja yang masih solo, berdoa sahaja supaya jodoh cepat diketemukan

Sunday, 14 October 2012

Ikhlas dalam Memberi

Yana nak tanya, korang semua percaya tak yang kalau kita memberi kita akan mendapat dua kali ganda daripada apa yang kita beri?
Kalau korang percaya pernah terjadi pada korang? Ke korang yang tak sedar?
Ayah saya selalu sangat ingatkan saya mengenai perkara ni, sebab dulu saya dilabelkan sebagai 'kedekut'.
Yana pun sebenarnya tak suka gelaran itu, so saya tekad untuk berubah...
Tanamkan dalam diri "Tiada siapa akan ubahkan diri kita melainkan diri sendiri",
Sebenarnya perkara yang 'Orang yang memberi akan mendapat Ganjaran' tu betul, tetapi...
kalau dengar orang cakap begitu jangan lupa tambah '...ikhlas memberi'. Seriously, orang yang ikhlas memberi memang akan mendapat dua kali ganda ganjaran daripada Tuhan.
Antara niat-niat ikhlas memberi:-
* kerana mengharapkan ganjaran daripada Tuhan
* kerana takut akan Allah dan lakukan kebaikan untuk recover dosa-dosa sebelumnya
* kerana mahu membantu bagi orang yang memerlukan
* kerana ikhlas yang tulus

Yana waktu sekolah rendah dulu, keputusan UPSR ialah 5A. Pihak sekolah memberi murid-murid cemerlang UPSR sekeping duit RM50 seorang. Beberapa hari kemudian, Yana sekeluarga ada pergi makan tengahari di restoran yang dilupai namanya.
Selepas kitorang habis makan, kenyang perut. Ibu memanggil waiter untuk bayar harga kesemua makanan tadi. Bila ibu membuka handbagnya, dompet ibu tertinggal di dalam kereta dan dompet ayah pula di rumah, wang yang ada hanya wang RM50 yang sebenarnya duit UPSR.
Saya relakan hati dan gunakan wang tersebut untuk bayar makan, tak meminta balasan dari ibu untuk mengganti duit tersebut.
Seminggu kemudian, nenek datang untuk mengucapkan tahniah pada saya. Nenek memberi sedikit ang pao berharga RM70! gembiranya hati Yana!
Lagi satu kisah pula, Yana baru balik dari asrama, waktu di asrama saya berjimat cermat dan membawa pulang RM25. Malam keesokkannya saya cadang untuk belanja seluruh keluarga Tutti Frutti, semua ahli keluarga bersorak gembira. Sampai sahaja di kedai yogurt tersebut, kitorang buat Tutti Frutti sendiri dan bayar keseluruhannya RM19.
Bila saya pulang di rumah Wan di Inderapura, Kuantan. Wan memberi Yana RM20 sebagai belanja di asrama nanti. Gembira hati saya menerima duit tersebut dan tekad untuk mengamalkan niat ikhlas dalam memberi.

Yana harap korang pun berfikir begitu juga!
"Tiada guna kita belajar sesuatu ilmu tersebut jika tidak mengamalkannya"

Saturday, 15 September 2012

Apa alkohol dan hukumnya

dalam buku teks PAI form 1 menyatakan bahawa alkohol adalah minumam yang memabukkan manusia.
Dan hukumnya HARAM DIMINUM!
apa-apa yang memabukkan seseorang muslim adalah HARAM!
So, kebanyakkan orang tahu haram, berdosa minum arak, tapi nak minum jugak.
Orang dah tegarkan supaya jangan, nak jugak minum tu lantak kau lah!
Kau sendiri pilih syurga ke neraka.
Tetapi, PERFUME! perfume @ minyak wangi kebanyakkannya mengandungi, adakah ia haram dipakai apabila hendak solat???
ramai orang tertanya ataupun ada orang tahu tapi malas nak tanya?
Jawapan Yana bagi soalan ni ialah:
Ada dalam hadis nabi menyatakan bahawa seelok-eloknya kita memakai wangi-wangian lagi-lagi apabila hendak beribadah.
alkohol yang dalam botol perfume tu kan kita gune tujuan untuk mewangikan badan bukannya nak minum:bagi orang yang nak bunuh diri tu minumlah winyak wangi, confirm masuk neraka: memakai perfume hukumnya tak berdosa, tetapi bagi perempuan kenalah berpada-pada jangan sampai lelaki tergoda lak.
Lagi satu, penggunaan ALKOHOL DALAM MAKANAN!
ada golongan yang menyatakn bahawa tak haram sebab bila alkohol diletakkan dalam makanan, dalam keadan panas (masak), alkohol itu akan evaporate so yang tinggal cuma rasa manis sahaja. Tujuan meletaknya untuk menyedapkan makanan.
ni jawapan Yana:-
Wey, Bahlol!
Kenapa kau letak juga alkohol tu kalau dah tahu cecair tu akan evaporate?
Kalau nak ada rasa manis baik letak gula je! secara faktanya, alkohol yang letak makanan sebelum cecair tu sempat evaporate sepenuhnya, masih ada cecair alkohol yang diresap ke dalam makanan.
Sebab itulah hukumnya haram.

Thursday, 16 August 2012

Kenapa benci sampah?

Pembaca mesti tertanya apa tujuan Yana buat post ni bertajuk tersebut:
hahaha, ni sebab Yana sedar kesilapan yang semua manusia pasti akan buat kat dunia ni.

Situasi ini berlaku dalam dorm Yana, ada seorang insan memberi satu balang kuih tart nenas untuk ahli dorm secara percuma! So kitorang pun jamah sama-sama.... Sedap betul!
Yana perasaan ada sorang member ni, W, dia yang terakhir sekali makan kuih tu, so balang tu kosong kecuali tinggal sampah (yang asalnya plastik yang digunakan untuk balut setiap satu kuih tu) kat dalam balang, si W ni biar je balang kosong tu bawah katil.
   Apa lagi, Yana tegurlah "W, nape x buang je balang ni?" W dengan kasar menjawab "Apsal aku lak? Bukannya sampah aku sorang, takkan aku jadi tukang buang kot" Yana pun terdiam seketika dan menjawab semula "Alang-alang nak keluar tadi buangkan je lah, takde sape dah nak simpan bende ni" si W mencebik muka "Kalo kau rajin sangat, kau buanglah" niat Yana nak tegur dia bukan sebab apa, tapi masalahnya sampah tu.
   Jelas sangatlah, sampah keliling kita ni bukan salah orang lain, sendiri juga. Kalau orang lain buang sampah merata-rata, kalau kita prihatin terhadap sekeliling, mesti tak suka kan tempat tu kotor. Apa salahnya buangkan, dapat pahala adalah, bukannya dapat bencana pun...
   Yana cakap ni agar kitorang semua ingat, Yana yang tegur haraplah Yana pun sentiasa beringat: sesungguhnya kita ni mahluk Allah yang kuat berlupa:


Kalau apa yang Yana type-kan ni ada yang rasa macam salah je:
Takpe, tak mewajibkan untuk mempercayainya, tapi lebih elok lah kita tanam dalam hati:-
Ada sampah sebab aku, so ni kotor-kotor ni, sebab aku. Baik aku bersihkan dahulu sebelum menyakitkan pandangan orang lain

Tuesday, 14 August 2012

Hukum memakai pendkap gigi (Braces)

Yana baru dapat berita yang ada orang percaya bahawa memakai pendakap gigi braces tu haram, sebab haram? Diorang jawab: sebab kita mengubah sesuatu benda pada diri kita yang asalnya ciptaan Allah. Yana dengan jujur memang tak setuju dengan jawapan ni. Lepas tu, diorang kata "samalah istilahnya dengan buat pembedahan plastik, contohnya nak mancungkan hidung,"
Yana masih tak setuju dan jawab:
    Bedah plastik tu lain, hidung ni asal memang sejak lahir kita ada, dari baby sampai ke tua pun, macam tu jugak rupa hidung kita, sebab tu tak boleh ubah, tapi gigi ni lain.
    Gigi asalnya tiada, pastu ada kemudian roboh (cabut gigi susu) dan tumbuh gigi kekal. Gigi kita jadi buruk pon sebab salah sendiri, contohnya: time kita nak roboh semua gigi, ada yang tak jaga gigi betul2, akibatnya buruklah~
   Tetapi bagi zaman yang semakin moden ni, dah ada kemudahan yang bantu mengemaskan rupa kita, gunakanlah peluang yang ada, istilahnya sama seperti rambut. Rambut kalau tak kemas mestilah nak sikat, kan? So, gigi tak kemas mestilah nak cantikkan.Rambut kalau gunting/botak berapa kali pun, tumbuh balik, sebab itulah hukumnya bukan haram