Haaaah... dah lame ana tak post pasal dakwah islam lagi kan?
Sebenarnya, banyak serita, ilmu yang ana dah dengar dan dapat nak kngsikan tapi takde mase nak post.
Maklumlah, sekarang tengah bersekolah, so kat asrama all the time and nak balik rumah pun sekali-sekala je.
Lagi satu hal pulak, ibu ngn ayah tengah ada masalah duit so bende yang tak penting taknak bayar dahulu macam internet.
Disebabkan hal kecik macam tu sahaja, ana cume boleh online dekat CC (cybercafe). Kalau online kat CC takde suasana macam nak cari atau kongsikan ilmu sebab dalam CC, most of the people main games, and CC pon bole smoking.
InsyaALLAH, kalau ada rezeki ada lah tu masa ana akan post dakwah yang bermacam-macam lagi.
Dakwah yang ana dapat share buat masa ni pun mengenai ALLAH tarik nikmat senang. Kalau hidup senang mesti ada kaitan dengan duit, kan?
Secara jujurnya, ayah ana bagitau ALLAH memang dah kasi petunjuk sejak ana lahir lagi yang ana anak yg jenis makan duit mak ayah. Masa ana dilahirkan, ayah terpaksa tambah duit sebab ana kena 'vacuum' (hehe.. tak payah lah explain.) waktu sekolah rendah ana yang selalu dapat barang yang best-best (kuat meminta). Waktu sekolah menengah pulak pergi sekolah tahfiz yang SWASTA so bayaran bulanan +RM500, naik form 2 pindah sekolah agama SWASTA juga tapi bayaran bulanan murah sikit dalam +RM300. Ana ni boleh sikatakan hidup dalam kesenangan je setiap masa tapi... ana tak boleh riak sangat dan kene mengenal erti bersyukur dan sentiasa meminta bantuan dari ALLAH.
Sebab macam musibah yang boleh terjadi pada ana. Macam sekarang, ALLAH dah tarik nikmat kesenangan ana sedikit sahaja iaitu duit. Kira okeylah tu...
Sebab kalau masalah duit ana still boleh cari duit dengan bekerja dengan lebih keras! bukan ana seorang, family member yang lain sekali.
Cuba bayangkan kalau ALLAH tarik kepandaian, kesihatan, keimanan kita . Lagi susah!
Kalau Allah tarik kepandaian kita, kita mesti tak disenangi ramai orang, hanya burukkan nama sendiri sahaja.
Kalau Allah tarik kesihatan kita, dapat pulak penyikat yang serius sampai kena terlantar di hospital berbulan-bulan? Tu pun dah cukup seksa bagi ana.
Kalau Allah tarik keimanan kita, tiba-tiba join blackmetal ke, terjebak gejala sosial ke, hisap dadah ke? OOOH~ tak payah nak panjang lebarkan lagi...
So ana harap dengan penerangan yang singkat ni antum semua dapat memahami mesej yanag ana nak sampaikan, Alhamdulillah. Kita perlu sentiasa tingkatkan diri kita menjadi hamba yang lebih UMPH lagi dan jadikan hari ini lebih baikdari semalam dan mengharapkan hari esok adalah hari yang terbaik!
No comments:
Post a Comment