Showing posts with label hukum islam. Show all posts
Showing posts with label hukum islam. Show all posts

Monday, 3 December 2012

Apakah tanda bersyukur kita kepada Allah?

Kisah ini ana ambil daripada kisah sejarah Rabiatul Adawiyah, pejuang islam wanita yang amat mencintai Allah sehingga tidak layan pinangan raja-raja mahupun hartawan.
     Pada suatu hari, Rabiah berjalan ingin menuju ke sebuah istana dan dia terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membalut kepalanya dengan mencebik muka, Rabiah bertanya "Mengapa tuan membalut kepala?" lelaki itu memandang Rabiah dan menjawab "Kepala saya sakit, pening..."
    Rabiah bertanya lagi "Tuan sudah hidup selama berapa tahun?" berkata lelaki itu "30 tahun lebih, kenapa?"
"Selama 30 tahun lebih tuan hidup, adakah tuan sentiasa sihat atau sakit?" lelaki itu menjawab "Saya sentiasa sihat dan jarang mendapat sakit" bertubi-tubi soalan Rabiah ajukan "Adakah tuan bersyukur kerana sakit?" lelaki itu segera berkata "Sudah tentu!"
     Rabiah tersengih, "Jikalau begitu, balutan di kepala tuan adalah tanda bersyukur tuan terhadap Allah, bukan? Kerana Allah sentiasa memberi tuan kesihatan yang elok," lelaki itu baru sedar selepas mendengar kata-kata Rabiah. Dan tidaklah dia berasa marah apabila mendapat sakit sebaliknya, sakitlah yang membantu kita sentiasa beringat kepada Allah yang sentiasa memberi kesihatan.

Sunday, 2 December 2012

Perempuan Zaman Sekarang

Mulai post yang terbaru ni Yana nak guna perbahasan "Ana-Antum"
Ana-Saya
Antum-Korang

Topik hari ni yang ana nak bincangkan ialah tentang perempuan, ana sendiri sebagai seorang pelajar yang duduk dekat asrama, dah biasa sanagt kene tegur ngn warden lelaki, kene kutuk dengan pelajar lelaki
nowadays, it's seems to be normal
Tapi, kalau zaman mak-nenek ana dulu, perempuan dah kene sound sikit pun dah blush muka ni! Kita sebagai pompuan kene ada rasa malu, tapi malu yang berpada-pada lah.

Ana mula sedar yang perempuan zaman sekarang dah macam rock kapak semasa tengah berborak ngan geng >.< heh! Time tu ana sedar, beberapa kawan ana duduk dengan cara yang pelik, tak sopan paling biasa diperkatakan TAK MACAM PEREMPUAN.
Bila sume pelajar kena berkumpul dalam madrasah, ana ter"intai" pelajar lelaki dan sedar, cara mereka duduk lebih sopan dari perempuan ! alahai~ malunya...

Alasan yang perempuan selalu kasi, "susah nak duduh sopan kalau pakai kain" macam tak logik je, sebab kain dah kasi 'RUANG BEBAS' dekat seluruh bahagian kaki, apa yang susah dan tak panas pon!
Ana tengok pelajar lelaki, mereka pon pakai kain pelekat, cara duduk:-  tegangkan kain pelekat, labuhkan lutut dahulu, duduk dengan tenang (dah macam bersimpuh pun ada)
Siapalah sangka lelaki pun tahu rasa malu duduh terkangkang dalam majlis ilmu.

Lagi satu masalahnya, satu kelompok perempuan tengah berjalan lepas tu, terasa diri ni macam ada orang duk usha, dah kembang dah punggung tu, siap jeling-jeling, control ayu!
Tak perlulah, sebab lelaki tu usha kita pun tak pasti tengok bahagian baik atau bahagian buruk diri kita.
Ana sarankan korang sentiasa berfikir 'vice versa'

kalau ana tengah kutuk lelaki ngan kawan-kawan ana, ana akan fikir vice versa "agak, pernah tak lelaki kutuk perempuan juga?" dengan cara ni kita akan ada rasa macam sendiri bersalah, sama dengan situasi antum nampak lelaki usha antum, dalam hati pun terdetik "eeeh~ lelaki tadi usha aku, eeeh~" fikir vice versa, bayangkan kita ialah lelaki itu "eee~ aku terpandang minah tu je, mesti dia ingat aku nak usha dia.... yik!"

Kesimpulannya, kita yang masih menuntut ilmu ni fokus pada masa depan sahaja, kalau hati terdetik rasa jealous sebab kawan-kawan semua dah berpunya, kita sahaja yang masih solo, berdoa sahaja supaya jodoh cepat diketemukan

Saturday, 15 September 2012

Apa alkohol dan hukumnya

dalam buku teks PAI form 1 menyatakan bahawa alkohol adalah minumam yang memabukkan manusia.
Dan hukumnya HARAM DIMINUM!
apa-apa yang memabukkan seseorang muslim adalah HARAM!
So, kebanyakkan orang tahu haram, berdosa minum arak, tapi nak minum jugak.
Orang dah tegarkan supaya jangan, nak jugak minum tu lantak kau lah!
Kau sendiri pilih syurga ke neraka.
Tetapi, PERFUME! perfume @ minyak wangi kebanyakkannya mengandungi, adakah ia haram dipakai apabila hendak solat???
ramai orang tertanya ataupun ada orang tahu tapi malas nak tanya?
Jawapan Yana bagi soalan ni ialah:
Ada dalam hadis nabi menyatakan bahawa seelok-eloknya kita memakai wangi-wangian lagi-lagi apabila hendak beribadah.
alkohol yang dalam botol perfume tu kan kita gune tujuan untuk mewangikan badan bukannya nak minum:bagi orang yang nak bunuh diri tu minumlah winyak wangi, confirm masuk neraka: memakai perfume hukumnya tak berdosa, tetapi bagi perempuan kenalah berpada-pada jangan sampai lelaki tergoda lak.
Lagi satu, penggunaan ALKOHOL DALAM MAKANAN!
ada golongan yang menyatakn bahawa tak haram sebab bila alkohol diletakkan dalam makanan, dalam keadan panas (masak), alkohol itu akan evaporate so yang tinggal cuma rasa manis sahaja. Tujuan meletaknya untuk menyedapkan makanan.
ni jawapan Yana:-
Wey, Bahlol!
Kenapa kau letak juga alkohol tu kalau dah tahu cecair tu akan evaporate?
Kalau nak ada rasa manis baik letak gula je! secara faktanya, alkohol yang letak makanan sebelum cecair tu sempat evaporate sepenuhnya, masih ada cecair alkohol yang diresap ke dalam makanan.
Sebab itulah hukumnya haram.

Tuesday, 14 August 2012

Hukum memakai pendkap gigi (Braces)

Yana baru dapat berita yang ada orang percaya bahawa memakai pendakap gigi braces tu haram, sebab haram? Diorang jawab: sebab kita mengubah sesuatu benda pada diri kita yang asalnya ciptaan Allah. Yana dengan jujur memang tak setuju dengan jawapan ni. Lepas tu, diorang kata "samalah istilahnya dengan buat pembedahan plastik, contohnya nak mancungkan hidung,"
Yana masih tak setuju dan jawab:
    Bedah plastik tu lain, hidung ni asal memang sejak lahir kita ada, dari baby sampai ke tua pun, macam tu jugak rupa hidung kita, sebab tu tak boleh ubah, tapi gigi ni lain.
    Gigi asalnya tiada, pastu ada kemudian roboh (cabut gigi susu) dan tumbuh gigi kekal. Gigi kita jadi buruk pon sebab salah sendiri, contohnya: time kita nak roboh semua gigi, ada yang tak jaga gigi betul2, akibatnya buruklah~
   Tetapi bagi zaman yang semakin moden ni, dah ada kemudahan yang bantu mengemaskan rupa kita, gunakanlah peluang yang ada, istilahnya sama seperti rambut. Rambut kalau tak kemas mestilah nak sikat, kan? So, gigi tak kemas mestilah nak cantikkan.Rambut kalau gunting/botak berapa kali pun, tumbuh balik, sebab itulah hukumnya bukan haram