Monday, 3 December 2012

Apakah tanda bersyukur kita kepada Allah?

Kisah ini ana ambil daripada kisah sejarah Rabiatul Adawiyah, pejuang islam wanita yang amat mencintai Allah sehingga tidak layan pinangan raja-raja mahupun hartawan.
     Pada suatu hari, Rabiah berjalan ingin menuju ke sebuah istana dan dia terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membalut kepalanya dengan mencebik muka, Rabiah bertanya "Mengapa tuan membalut kepala?" lelaki itu memandang Rabiah dan menjawab "Kepala saya sakit, pening..."
    Rabiah bertanya lagi "Tuan sudah hidup selama berapa tahun?" berkata lelaki itu "30 tahun lebih, kenapa?"
"Selama 30 tahun lebih tuan hidup, adakah tuan sentiasa sihat atau sakit?" lelaki itu menjawab "Saya sentiasa sihat dan jarang mendapat sakit" bertubi-tubi soalan Rabiah ajukan "Adakah tuan bersyukur kerana sakit?" lelaki itu segera berkata "Sudah tentu!"
     Rabiah tersengih, "Jikalau begitu, balutan di kepala tuan adalah tanda bersyukur tuan terhadap Allah, bukan? Kerana Allah sentiasa memberi tuan kesihatan yang elok," lelaki itu baru sedar selepas mendengar kata-kata Rabiah. Dan tidaklah dia berasa marah apabila mendapat sakit sebaliknya, sakitlah yang membantu kita sentiasa beringat kepada Allah yang sentiasa memberi kesihatan.

No comments:

Post a Comment