Monday, 3 December 2012

Positif yang sentiasa tersembunyi

     Suatu hari, ana pergi berjumpa dengan ustazah ana, Ustzh. Ke, untuk mendapatkan tandatangannya untuk kertas kerja ana. Ustzh. Ke membelek kertas kerja ana dan mengambil pen birunya untuk menandatangani kertas kerja tersebut, dakwat daripada pen tersebut tidak keluar rupanya pen biru tersebut sudah kehabisan dakwat.
     Ustazah ana menyimpan pen biru itu sambil mengucap "Alhamdulillah" dan mengeluarkan pen biru jenama lain, Ustzh. Ke bertanya kepada ana "Kamu biasanya sedih atau gembira kalau pen sudah habis dakwatnya?" ana tunduk dan menjawab "selalunya sedih..."  Ustzh. Ke menjawab "Yang sepatutnya, kita gembira kerana pen ini telah berkhidmat dengan kita untuk menulis kalimah-kalimah, perkataan mahupun contengan sehingga habis dakwatnya," Ustzh. Ke tersenyum melihat ana ternganga dengan jawapan diberikan.
     Ana sedar yang positif sentiasa ada di sekeliling kita, hanya kita sebagai manusia sentiasa berfikir negatif.

No comments:

Post a Comment