Showing posts with label berguru. Show all posts
Showing posts with label berguru. Show all posts

Tuesday, 25 December 2012

Fun in the Flood

MasyaAllah, siapa warga Malaysia yang tak tahu mengenai negeri2 yang banjir?
Antaranya Pahang, tempat ana tinggal ni.
Banjir yang menyebabkan baju susah nak kering, nak keluar beri barang keperluan tak boleh (road-jam), nak tengok astro pon tak boleh, cuaca sejuk yang boleh menyebabkan ramai orang demam dan pelbagai lagi lah...
Tapi tak pernah lagi ana dengar ada orang komplen "Banjir ni menyusahkan ah"
elok lah tu...

agaknya ramai orang dah sedar dan sentiasa mengingati diri "Hujan itu rahmat", Allah yang menentukannya dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tidak semestinya bila banjir ni kita tak boleh nak buat benda lain.
Fikir-fikirkanlah. Mungkin, Allah buat banjir pada waktu cuti sekolah ni supaya budak-budak takde laa ingat pasal "freedom" sangat, cuti-cuti takdelah nak berfoya-foya sangat, layan TV 24 jam.
Ana cuti sekolah sebenarnya 4 minggu je sebab sekolah agama, janganlah kita terus fikir "Alaaa.... sekejapnye cuti sekolah ni" memang kita akan rasa sekejap je kalau fikir macam tu, vice versa-kan.
"Apa yang aku buat selama cuti ni?" mesti banyak dah buat dan belajar untuk bersyukur "Heish, 1 hari aq tgok TV 10 jam ganti lah nanti waktu persekolahan belajar 1 hari 10 jam"
Ana takdelah jamin korang semua nak buat cuma nak kasi contoh sahaja dalam mem-positifkan benda.
Ana walaupun cuti sekolah cukup-cukup 1 bulan, tapi rasanya banyak ana dah buat selama ni,
sempat ercuti di Cameron Highland, balik kampung jumpa saudara, belajar memasak dengan nenek, ronda-ronda di KL ngan parents, balik kampung teman wan pulak. 
And, smpat je ana beli barang keperluan sekolah yang baru, sempat je ana tengok anime, kakak ana pun tak lepas episode drama korea.
Keluarga ana gune dongle je kat rumah nak pakai internet, terpaksa share 5 orang, dan semua sempat je buat kerja masing-masing?
Apa pun, kita manusia kena belajar dan menghayati lagi makna "menghargai".

Monday, 3 December 2012

Positif yang sentiasa tersembunyi

     Suatu hari, ana pergi berjumpa dengan ustazah ana, Ustzh. Ke, untuk mendapatkan tandatangannya untuk kertas kerja ana. Ustzh. Ke membelek kertas kerja ana dan mengambil pen birunya untuk menandatangani kertas kerja tersebut, dakwat daripada pen tersebut tidak keluar rupanya pen biru tersebut sudah kehabisan dakwat.
     Ustazah ana menyimpan pen biru itu sambil mengucap "Alhamdulillah" dan mengeluarkan pen biru jenama lain, Ustzh. Ke bertanya kepada ana "Kamu biasanya sedih atau gembira kalau pen sudah habis dakwatnya?" ana tunduk dan menjawab "selalunya sedih..."  Ustzh. Ke menjawab "Yang sepatutnya, kita gembira kerana pen ini telah berkhidmat dengan kita untuk menulis kalimah-kalimah, perkataan mahupun contengan sehingga habis dakwatnya," Ustzh. Ke tersenyum melihat ana ternganga dengan jawapan diberikan.
     Ana sedar yang positif sentiasa ada di sekeliling kita, hanya kita sebagai manusia sentiasa berfikir negatif.