Sunday 14 October 2012

Ikhlas dalam Memberi

Yana nak tanya, korang semua percaya tak yang kalau kita memberi kita akan mendapat dua kali ganda daripada apa yang kita beri?
Kalau korang percaya pernah terjadi pada korang? Ke korang yang tak sedar?
Ayah saya selalu sangat ingatkan saya mengenai perkara ni, sebab dulu saya dilabelkan sebagai 'kedekut'.
Yana pun sebenarnya tak suka gelaran itu, so saya tekad untuk berubah...
Tanamkan dalam diri "Tiada siapa akan ubahkan diri kita melainkan diri sendiri",
Sebenarnya perkara yang 'Orang yang memberi akan mendapat Ganjaran' tu betul, tetapi...
kalau dengar orang cakap begitu jangan lupa tambah '...ikhlas memberi'. Seriously, orang yang ikhlas memberi memang akan mendapat dua kali ganda ganjaran daripada Tuhan.
Antara niat-niat ikhlas memberi:-
* kerana mengharapkan ganjaran daripada Tuhan
* kerana takut akan Allah dan lakukan kebaikan untuk recover dosa-dosa sebelumnya
* kerana mahu membantu bagi orang yang memerlukan
* kerana ikhlas yang tulus

Yana waktu sekolah rendah dulu, keputusan UPSR ialah 5A. Pihak sekolah memberi murid-murid cemerlang UPSR sekeping duit RM50 seorang. Beberapa hari kemudian, Yana sekeluarga ada pergi makan tengahari di restoran yang dilupai namanya.
Selepas kitorang habis makan, kenyang perut. Ibu memanggil waiter untuk bayar harga kesemua makanan tadi. Bila ibu membuka handbagnya, dompet ibu tertinggal di dalam kereta dan dompet ayah pula di rumah, wang yang ada hanya wang RM50 yang sebenarnya duit UPSR.
Saya relakan hati dan gunakan wang tersebut untuk bayar makan, tak meminta balasan dari ibu untuk mengganti duit tersebut.
Seminggu kemudian, nenek datang untuk mengucapkan tahniah pada saya. Nenek memberi sedikit ang pao berharga RM70! gembiranya hati Yana!
Lagi satu kisah pula, Yana baru balik dari asrama, waktu di asrama saya berjimat cermat dan membawa pulang RM25. Malam keesokkannya saya cadang untuk belanja seluruh keluarga Tutti Frutti, semua ahli keluarga bersorak gembira. Sampai sahaja di kedai yogurt tersebut, kitorang buat Tutti Frutti sendiri dan bayar keseluruhannya RM19.
Bila saya pulang di rumah Wan di Inderapura, Kuantan. Wan memberi Yana RM20 sebagai belanja di asrama nanti. Gembira hati saya menerima duit tersebut dan tekad untuk mengamalkan niat ikhlas dalam memberi.

Yana harap korang pun berfikir begitu juga!
"Tiada guna kita belajar sesuatu ilmu tersebut jika tidak mengamalkannya"

No comments:

Post a Comment