Sesiapa yang tak faham phrase 'Tikam Belakang Kawan' ni maksudnya, dia tak setia pada kawan dia tu, dari luar kawan macam biasa tetapi dia sempat lagi nak mengumpat belakang kawan dia tu.
Yana kan duduk dekat asrama, so dah biasa sangat lah dengan style TBK* ni.
Tetapi, kadang-kadang tu geng dorm Yana kumpul kat tengah-tengah dorm lepas itu, kita bincang pasal pelajar yang bermasalah, then discuss pasal dia ramai-ramai.
Cara yang ni adalah yang terbaik lah Yana dapat buat, sebab biasanya kalau kita bencikan seseorang itu sebab perangai dia yang tertentu, tak mungkinlah kita seorang je yang benci perangai dia, mesti orang lain sekali.
So, time tu kitorang bincang pasal sorang budak perempuan yang diberi nama 'En'. En ni masalah dia, mulut dia tu selalu cakap "Jelesnya, aku nak jadi macam dia, budak pandai, cantik...." tapi si En ni tak pernah ada usaha nak jadi macam apa yang dia cakap. Si En ni jugak mulut celopar, kalau dia kutuk orang...
"Ey, minah tu... belagak betul.. dahlah perasan lawa..."
Kawan-kawan korang mesti yang ada macam ni jugakkan?
Waktu bincang pasal En ramai-ramai, kawan Yana dipanggil Kei ni cakap "Kita dah masak dah dengan En tu, dia memang susah nak dengar nasihat... tapi tengok dia kutuk orang, apa yang dia kutuk tu semua datang dekat dia balik" bila Yana dengar dah macam petua ibu Yana "what comes around, goes around"
Bila Yana fikir sampai urat timbul kat dahi ni, baru Yana perasan yang nasihat tu memang betul dan kalau kita sentiasa ingat ayat tu memang tak berani nak mengutuk.
Sampai Yana jumpa hadith ni: sesiapa yang menghina seseorang kerana maksiat yang telah dilakukannya itu, si penghina tidak akan mati sehingga dia melakukan dosa tersebut.
Bila dengar hadith ni, ia dah jadi pedoman buat Yana untuk cuba menahan diri daripada membuka aib seseorang atau mengutuknya, korang pun boleh guna hadith ni untuk nasihat kawan korang kalau dia tengah berang dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment