Monday, 11 February 2013

Manusia Mencipta Robot atau Menjadi?

Baru-baru ni, sekolah ana baru sahaja ada ceramah mengenai masa depan kita.
Tapi topik dia adalah "Jangan Jadi Robot, Jadilah Khalifah".

Tapi dakwah yang ana nak ajukan ni bukanlah all about arranging your future but dealing your future (menguruskan masa depan tetapi berdepan dengan masa depan)

Memanglah, kita semua selalu sangat dengar kalau keluarga yang warak, diorang ni jaga aurat, adab dan sosial seperti memakai tudung labuh, tak layan dunia siber dan macam-macam lagi.
TETAPI, kadang-kadang TERLAMPAU MENJAGA MATA ni pun bahaya juga, dah banyak cerita kita dengar macam kes Amanina tu, pelajar terbaik, sambung belajar kat luar negara je terus... Tudung melayang masuk longkang, color rambut warna perang "dah tumbuh ubun ke?" pakai baju nak balut badan jerrr.
Tak pun ana baru dapat dari cerita ayah ana, ada seorang pelajar 19A ini sambung belajar kat UK, end up kerja sana terus jadi pelacur.

Ni semua kes kejutan budaya, fasal 'terlampau jaga mata' ni bukan takat berlaku di kalangan keluarga warak tetapi terjadi juga dekat keluarga yang kurang pendapatan, untuk keluarga kurang pendapatan ni namanya 'katak bawah tempurung', tak tahu pasal hal luar, walaupun hal yang berlaku dalam Malaysia sekali pun.

Kita kena ikut dengan keadaan, memang gelombang korea, barat semua landing kat Malaysia ni, kita kena terima hakikat, nampak orang pakai baju seksi kat tepi jalan, orang tiru gaya K-POP, orang tindik satu badan pun. Orang tu sendiri berdosa, kita pun berdosa sebab ternampak juga tetapi kita boleh je cover dosa-dosa kita tu dengan lakukan amalan. Banyak sangat perkara sunat yang kita buat sekali dapat ganjaran 10 kali lebih besar. ALLAH itu Maha Pemurah.

Ana pun minat juga lagu, drama K-POP semua ni. Ana pun layan movie barat, oh lagu barat pun ana banyk download dalam henfon ni, cuma, kita kena pandai kawal ke tak. Tu je.
Nak minat, suka takda hal. Jangan sampai melampaui batas, contoh:
Bahasa Korea 60 patah perkataan tahu dan hafal, Bahasa Arab.... Errrr
Oh, lagu ni hafal je, setiap hari nyanyi, Selawat tak pernah sekali entah-entah do'a Qunut sampai sekarang tak hafal.
Kalau nak nyanyi lagu pun tak payah lah nyanyi kuat-kuat nak berlagak kat kawan-kawan, nyanyi dalam hati sudahlah, Allah tak rasa gembira pun dapat tahu hamba dia hafal lagu ngarut gitu~

Apa kata kita bayangkan suatu situasi ni... contoh:
ana daripada keluarga yang sederhana, bencilah pasal K-POP, lagu barat atau lagu tempatan pun tak best, qasidah sahaja untuk ana dengar sehari-harian. Tiba-tiba ana dapat tawaran ke universiti dekat Amsterdam, Yoohoo! 5 bulan dekat sana, orang sana semua berbeza, cara makan, cara berbicara, cara berpakaian, susah nak cari orang Islam kat sana, cukup 1 tahun kat sana...

Agak-agak apa yang terjadi? Terang-terangan cara di negara luar berbeza, tambahan lagi, SUSAH NAK CARI ORANG ISLAM.
Kesimpulannya, kita kenalah tahu mengenai negara luar juga, channel yang ana selalu tengok ialah AFC channel 707 astro, kat sini ana boleh tau orang luar makan apa.
Lagipun, kalau kita saling mengetahui tentang kebaikan dan keburukan negara luar, kita dapat berwaspada dan ada perasaan ingin menjelajah dunia.
Perbuatan ini pun masih dikira sebagai menuntut ilmu (Setiap tempat ada sejarah)

No comments:

Post a Comment