Thursday 28 November 2013

Beyond Experience: CERAGEM

CERAGEM... siapa yang basically tahu jenama ni?
first2, family ana mana tahu jenama ni sampailah mommy hantar ana duduk kampung (sempena cuti sekolah) untuk teman nenek dan atuk seminggu di kampung, iyolah...
nenek dan atuk tinggal berdua dalam rumah tanah sendiri yang gedabok besornyo~
mestilah rasa lonely kan, ana ngan adik ana dihantar menaiki bas dan berazam untuk menemani, dan bisingkan rumah (insyaAllah tak gaduh)!
Tapi, nampaknya tak seperti yang dibayangkan... malam ni, malam Jumaat kiranya genap seminggulah tinggal di rumah nenek ni.
Nenek, atuk, pakngah dan makngah ikut kegiatan CERAGEM ni, setiap hari lepas zuhur diorang akan pergi, tapi diorang panggil 'terapi'.  Sampai  satu masa, atuk suruh kami ikut atuk ikut pergi terapi, hari itu Rabu, terapi itu kononnya dijamin sampaikan diberi 10 kali percubaan percuma, hari yang kami pergi ni rasanya kali ke-5 percubaan atuk. Pesakit dikehendaki memakai pakaian putih top-to-toe supaya FIR (Far Infrared Ray) dapat melepasi sampai ke dalam badan.
masuk sahaja hall CERAGEM, katil semua dah ada 'owner', tapi di situ staff dah sediakan waktu setiap sesi 40 minit dijalankan serentak, rezeki kami datang waktu sesi sebelum dah habis waktu dan tak ramai orang menunggu, so pesakit sebelum tu blah kami pun masuk, nenek dah sediakan cadar lapik dan selimut untuk kami, kalau guna yang disediakan tentu ada peluh pesakit yang sebelum tu... EAUWWW~
Mula-mula debar juga, staff disana semua perempuan dan ada yang muka garang, tapi... "don't judge a book by it's cover" sebaik sahaja ana baring atas katil CERAGEM, wrrrrr~
lega sangat, rupa-rupanya, katil CERAGEM yang berbiji urut ni, diperbuat daripada batu Jed dan tanah liat, ada juga 'heat controller', proses terapi ni akan bantu supaya suhu badan meningkat...
Ramai pesakit yang datang adalah golongan warga emas, bagi pesakit lain yang menunggu turn, staff akan bagi serba sedikit pengetahuan kepentingan menjaga tulang belakang dengan CERAGEM.
Di situ, bergunalah dua pasang telinga yang Allah ciptakan ni untuk ana mendengar/mendapat ilmu supaya dapat menyampaikan ilmu kepada orang lain :)
Tulang Belakang manusia seperti akar tumbuhan, pernah dengar pepatah arab "Jika baik akarnya, maka baiklah tumbuhannya" jadi, kalau tulang belakang kita sihat, tubuh badan lebih cergas. 
info: Tulang belakang kita terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu, bahagian leher ada 7 sendi, bahagian tengah (dari leher hingga ke punggung) ada 12 sendi dan bahagian punggung ada 5 sendi yang menjadikan tulang belakang mempunyai 24 sendi!
Sebagai contoh, siapa yang ada darah tinggi atau susah nak tidur malam (maksudnya, tidur sekejap lepas tu terjaga atau dapat lena dalam 2-3 pagi) biasanya kesalahannya berpunca dari  cara tidur iaitu cara menggunakan bantal, jika cara tidur salah sendi 1 dan 2 di tulang belakang mudah teralih yang menyebabkan saraf menjadi lemah. Mereka juga menyatakan sendi 1-2 amatlah penting tapi yang itulah mudah senget. Kalau sendi itu dah dipulihkan oksigen lebih mudah masuk ke kepala.

Waktu musim cuti sekolah ini digalakkan membawa kanak-kanak atau orang muda kerana mereka kerap sakit belakang akibat menyandang beg sekolah yang berat diisi buku
CERAGEM juga memberi kelebihan kepada orang tua kerana, semakin kita tua, suhu badan semakin turun, dan apabila suhu menurun kanser akan lebih mudah merebak.
Cerita tentang kanser: kanser  merebak dalam bentu mutasi iaitu, 'beranak kembar'. Kanser juga aktif membiak dalam suhu rendah, sekiranya badan kita bersuhu tinggi, kepanasan dapat membakar kanser tersebut, jadi digalakkan menjaga badan agar fit sampai ke tua! Dengan CERAGEM, proses ini dilakukan dalam suhu melebihi 50*, boleh adjust lagi...
Rasanya, semua fahamkan kesimpulannya?
Jaga kesihatan bermula dengan diri sendiri!
Cuba fikirkan, kalau kita sakit, ingat ada ke sesiapa yang setia nak jaga sampai mati? mana ada, nurse kat hospital pun muak nak jaga tahu? okeee, tu je pesanan dari ana...
assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment