Friday, 17 August 2012

The Biker Warrior in PINK


Ah....
At last~ I've finished it!!! this whole idea came after I've seen one of Miku Hatsune's images...
The pink inking make it looks more girly, aight?
However, it doesn't look like she's a tough modern warrior...

Thursday, 16 August 2012

Kenapa benci sampah?

Pembaca mesti tertanya apa tujuan Yana buat post ni bertajuk tersebut:
hahaha, ni sebab Yana sedar kesilapan yang semua manusia pasti akan buat kat dunia ni.

Situasi ini berlaku dalam dorm Yana, ada seorang insan memberi satu balang kuih tart nenas untuk ahli dorm secara percuma! So kitorang pun jamah sama-sama.... Sedap betul!
Yana perasaan ada sorang member ni, W, dia yang terakhir sekali makan kuih tu, so balang tu kosong kecuali tinggal sampah (yang asalnya plastik yang digunakan untuk balut setiap satu kuih tu) kat dalam balang, si W ni biar je balang kosong tu bawah katil.
   Apa lagi, Yana tegurlah "W, nape x buang je balang ni?" W dengan kasar menjawab "Apsal aku lak? Bukannya sampah aku sorang, takkan aku jadi tukang buang kot" Yana pun terdiam seketika dan menjawab semula "Alang-alang nak keluar tadi buangkan je lah, takde sape dah nak simpan bende ni" si W mencebik muka "Kalo kau rajin sangat, kau buanglah" niat Yana nak tegur dia bukan sebab apa, tapi masalahnya sampah tu.
   Jelas sangatlah, sampah keliling kita ni bukan salah orang lain, sendiri juga. Kalau orang lain buang sampah merata-rata, kalau kita prihatin terhadap sekeliling, mesti tak suka kan tempat tu kotor. Apa salahnya buangkan, dapat pahala adalah, bukannya dapat bencana pun...
   Yana cakap ni agar kitorang semua ingat, Yana yang tegur haraplah Yana pun sentiasa beringat: sesungguhnya kita ni mahluk Allah yang kuat berlupa:


Kalau apa yang Yana type-kan ni ada yang rasa macam salah je:
Takpe, tak mewajibkan untuk mempercayainya, tapi lebih elok lah kita tanam dalam hati:-
Ada sampah sebab aku, so ni kotor-kotor ni, sebab aku. Baik aku bersihkan dahulu sebelum menyakitkan pandangan orang lain

Tuesday, 14 August 2012

Hukum memakai pendkap gigi (Braces)

Yana baru dapat berita yang ada orang percaya bahawa memakai pendakap gigi braces tu haram, sebab haram? Diorang jawab: sebab kita mengubah sesuatu benda pada diri kita yang asalnya ciptaan Allah. Yana dengan jujur memang tak setuju dengan jawapan ni. Lepas tu, diorang kata "samalah istilahnya dengan buat pembedahan plastik, contohnya nak mancungkan hidung,"
Yana masih tak setuju dan jawab:
    Bedah plastik tu lain, hidung ni asal memang sejak lahir kita ada, dari baby sampai ke tua pun, macam tu jugak rupa hidung kita, sebab tu tak boleh ubah, tapi gigi ni lain.
    Gigi asalnya tiada, pastu ada kemudian roboh (cabut gigi susu) dan tumbuh gigi kekal. Gigi kita jadi buruk pon sebab salah sendiri, contohnya: time kita nak roboh semua gigi, ada yang tak jaga gigi betul2, akibatnya buruklah~
   Tetapi bagi zaman yang semakin moden ni, dah ada kemudahan yang bantu mengemaskan rupa kita, gunakanlah peluang yang ada, istilahnya sama seperti rambut. Rambut kalau tak kemas mestilah nak sikat, kan? So, gigi tak kemas mestilah nak cantikkan.Rambut kalau gunting/botak berapa kali pun, tumbuh balik, sebab itulah hukumnya bukan haram

Monday, 13 August 2012

Memahami Diam Seseorang

Tajuk diatas bermaksud perlakuan salah faham diantara kawan, biasanya perkara ni berlaku pada persahabatan antara perempuan, Fahamkan perbualan ini:
Si B: A, kamu sudah siapkan kerja sekolah math?
Si A: ... (diam tanpa memandang kearah kawannya
Si B: kamu dengar tak apa yang saya tanya tadi?
Si A: ... (masih diam, seakan menyombongkan diri)
Si B: aish! orang tanya, buat tak dengar pula (marah)
    perbualan se-simple macam ni pun sudah menimulkan perasaan marah dan salah faham antara satu sama lain, tidak salah untuk kita mendiamkan diri kerana dalam hadith nabi "jika seseorang itu sedang marah, hendakla dia mendiamkan diri, atau duduk, atau baring, dan jika masih tifdak reda marahnya hendaklah die mengambil wudhu' sesungguhnya marah itu daripada api,"
Kita harus tahu bahawa diam adalah signal untuk menunjukkan bahawa otak kita sednag bercekaru taupun hati tidak tenang, tetapi apabila diri diajukan soalan, hendak diam boleh tetapi kalau boleh berilah respon sedikit (angguk atau apa-apa isyarat badan).
   Tidaklah menimbul perasaan tidak puas hati. Dengan perlakuan ini, kedua-dua pihak akan berasa puas dengan tindakan masing-masing.

Sunday, 8 July 2012

Gone and to be Replaced

Aaaaahhhh...
for sure I'll be missing her!!!
Aina!!!!
She's my friend who sits besides me in class,
who sleeps at 3 beds besides my bed,
who is in the same prep table....
we were close enought to say that we're BFF, but we're not
actually, what I was saying is Aina just moved!
And know who will be her replacement???
ermmmm, I hope the new kid wasn't so bad

Monday, 28 May 2012

Belajar Buat Komix Pulak

hahaha... sorilah... blog post kali no format songsang sket... mingggu ni busy laaa dikatakan... x larat nak buat ayat tu sdap dibaca...
ni sajerrrr nak share komik yg Yana buat guna komputer 'Paint' biasa je...
komik ni short and simple, takde pint (hala tuju) pulak tuh....
Ntah mane ilham datang pun x sure sgt lah

bengong x????

Baru sedar Yana punye deviantart dah makin maju... boleh laaa korang nak usha :  http://mianaheart.deviantart.com/ :)
banyak dah keje2 seni yg Yana belajar sndiri dri buku, komik, majalah, TV.... and pape je laa g korang rase mmang membantu...


Yana mmang minat melukis so, biasanye... org tanye soalan "Eiiiiish, camne ko boleh terrer sgt melukis ha?"
Yana pon cam ternganga habis mulut, kalau boleh nak jawab je "bakat/keistimewaan Allah bagi lah" tpi takot kalo ade orang salah faham and then terus mengata Yana, so Yana jawab je "mula2 Yana minat, pastu belajarlah sendiri, sbb parents x mampu nak upgrade skill Yana"

Selain dripada buat komik, lukis awek anime... Yana pun suke lukis haiwan, tpi susah nak buat haiwan tu 1) nampak real 2)nampak  cute:
asalkan korang kenal lah bahawa Yana lukis ni haiwan singa

Lagi satu kalo Yana betul2 tgh free, rase bersemangat nak buat sesuatu dan bahan yg diperlukan mmang ada.....
       Yana buat scenery.... 
Scenery ni, biasanye sebelum kte lukis, kte kene tahu ape tema/theme die? brape banyak watak nak masukkan? ape props yg ade? paling penting bila lukis bende tu... kene terang!
Yana rasa dgn gamba ni, korang boleh explain kan tema ape?
watak2nya adalah haiwan dasar laut
props die adelah batu karang 

Yana mmang nak explain pasal ni je... 
Jangan risau! banyak lagi bende lain yana boleh explain!
pasni, Yana nak terangkan pasal abstrak plak....
Apa itu seni ABSTRAK?
tungguuuuuu~


Tuesday, 10 April 2012

Maulid Perdana di Masjid Besi :Pengalamanku

Gembira hatiku saat mendengar khabar bahawa kami akan ke majlis Maulid Perdana di Majid Besi yang akan dihadiri oleh 10 ulama' terkemuka termasuklah Walid, Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin AlMaliki.
     Tarikh hari ini 8 April 2012, pagi-pagi lagi, sudah ku lihat kakak-kakak senior bersiap-sedia dalam pakaian sekolah kami iaitu baju cream, kain hitam dan bertudung labuh cream bersulam biru. "Ah, aku lupa... Form 4 dan form 5 hari ini ada seminar di Pusat Islam, awal jam 7:30 nanti mereka harus bergerak ke sana," Selepas menjalankan rutin harianku di asrama iaitu, solat subuh berjemaah, membaca hizib Imam Nawawi kemudian membuat khidmat bersih asrama, aku terus menggapai Al-Qur'an di atas locker-ku dan sambung menghafal surah Al-Baqarah m/s 12 di  Maktabah.
     Temanku, Nurina datang "Rajinnya... " Aku ketawa kemudian sambung menghafal, 'Wiiiirrrr....' bunyi yang seluruh warga Aspuri kenal iaitu bunyi van yang menghantar makanan sudah tiba. Kak Hazira dengan suaranya yang lantang pun terus menjerit "Woi, Sarapan, Woi!" Nurina Mengajak aku untuk bersarapan dengannya, Aku menyimpan Al-Qur'an kemudian pergi ke bahagian kantin untuk mengisi perutku yang kosong.
    Selepas sarapan jam menunjukkan 0915, waktu solat Dhuha, turun musollah. Selepas solat Dhuha tibanya masaku untuk membersihkan diriku. Aku terus ke tandas asrama baru dan mandi sebersih-bersihnya.
                                                                       to be continued