Thursday 23 August 2012

Celoteh Kanak-kanak

Malam ni, rumah nenek didatangi sepupu nenek...
   Dua buah kereta parkir didepan tumah nenek, Yana tak pandang pun orang dewasa yang keluar dari kereta tapi pandang kanak-kanak sahaja.
Yana nampak 2 bayi yang didukung emak sendiri, 2 budak lelaki berumur sekitar 3-5 tahun, dan 2 budak perempuan berumur sekitar 4-7 tahun.
  Yana dengan KakMia duduk di dapur sehingga atuk menyahut suruh kami buka lampu lip-lap di luar. Kitorang pun keluar, tiba-tiba 2 budak lelaki keluar, seorang berbaju hitam tanya "Akak buat ape? Jom keluar" dia mengajak adiknya yang berbaju coklat untuk keluar rumah.
  Adiknya yang masih pelat berkata-kata padaku, Yana ak beberapa faham dengan ayatnya, tetapi Yana dengar dia sebut "kasut" so Yana tanya "Pakaikan kasut ke?" dia mengangguk, abangnya berkata "tak payahlah" Yana temuduga diorang, yang sulung bernama Afwa, tujuh tahun. Kedua Hadi, dipanggil Abang Adi berumur 5 tahun. Umar yang ketiga berbaju coklat berumur 3 tahun. Yang bongsu Umair, tidak pasti berapa bulan lagi.
  Kemudian, ibu pula yang menyahut namaku, aku lari ke belakang dapur, sambil menolong ibu berborak juga. Yana nampak kucing paling garang sekali kat rumah nenek ni, Puteh, masuk ke ruang dapur. Tiba-tiba sahaja Hadi melangkah masuk dan mukanya nampak teruja sangat. Dia mengusap badan Puteh dari belakang dan Puteh seperti ular tedung pusing dan cakar Hadi dengan pantas.
  Muka Hadi cuak sebentar dan bertukar merah seperti hendak nangis, dia mengeluh "sakiiii~ kucing cakar~" Apatah lgi Yana lari ke arahnya, cepat-cepat ambil air paip yang sejuk dan tepek sedikit ke bahangian tangannya yang tercalar, Yana pun cuak, tak mahu lah ada budak nangis sebab kucing.
  Otak Yana mula blur, Yana tanya dia "Kene air sakit tak?" dia menggeleng. Yana tekan sedikit tangannya "Tekan macam ni sakit tak?" dia menjawab "tak.... Ah, tu dia! tu dia!" jarinya menuding ke arah Puteh yang berjalan ke arah peti ais. Yana ketawa kecil, dan hantar dia ke ruang tamu untuk bertemu emaknya.

Friday 17 August 2012

The Biker Warrior in PINK


Ah....
At last~ I've finished it!!! this whole idea came after I've seen one of Miku Hatsune's images...
The pink inking make it looks more girly, aight?
However, it doesn't look like she's a tough modern warrior...

Thursday 16 August 2012

Kenapa benci sampah?

Pembaca mesti tertanya apa tujuan Yana buat post ni bertajuk tersebut:
hahaha, ni sebab Yana sedar kesilapan yang semua manusia pasti akan buat kat dunia ni.

Situasi ini berlaku dalam dorm Yana, ada seorang insan memberi satu balang kuih tart nenas untuk ahli dorm secara percuma! So kitorang pun jamah sama-sama.... Sedap betul!
Yana perasaan ada sorang member ni, W, dia yang terakhir sekali makan kuih tu, so balang tu kosong kecuali tinggal sampah (yang asalnya plastik yang digunakan untuk balut setiap satu kuih tu) kat dalam balang, si W ni biar je balang kosong tu bawah katil.
   Apa lagi, Yana tegurlah "W, nape x buang je balang ni?" W dengan kasar menjawab "Apsal aku lak? Bukannya sampah aku sorang, takkan aku jadi tukang buang kot" Yana pun terdiam seketika dan menjawab semula "Alang-alang nak keluar tadi buangkan je lah, takde sape dah nak simpan bende ni" si W mencebik muka "Kalo kau rajin sangat, kau buanglah" niat Yana nak tegur dia bukan sebab apa, tapi masalahnya sampah tu.
   Jelas sangatlah, sampah keliling kita ni bukan salah orang lain, sendiri juga. Kalau orang lain buang sampah merata-rata, kalau kita prihatin terhadap sekeliling, mesti tak suka kan tempat tu kotor. Apa salahnya buangkan, dapat pahala adalah, bukannya dapat bencana pun...
   Yana cakap ni agar kitorang semua ingat, Yana yang tegur haraplah Yana pun sentiasa beringat: sesungguhnya kita ni mahluk Allah yang kuat berlupa:


Kalau apa yang Yana type-kan ni ada yang rasa macam salah je:
Takpe, tak mewajibkan untuk mempercayainya, tapi lebih elok lah kita tanam dalam hati:-
Ada sampah sebab aku, so ni kotor-kotor ni, sebab aku. Baik aku bersihkan dahulu sebelum menyakitkan pandangan orang lain

Tuesday 14 August 2012

Hukum memakai pendkap gigi (Braces)

Yana baru dapat berita yang ada orang percaya bahawa memakai pendakap gigi braces tu haram, sebab haram? Diorang jawab: sebab kita mengubah sesuatu benda pada diri kita yang asalnya ciptaan Allah. Yana dengan jujur memang tak setuju dengan jawapan ni. Lepas tu, diorang kata "samalah istilahnya dengan buat pembedahan plastik, contohnya nak mancungkan hidung,"
Yana masih tak setuju dan jawab:
    Bedah plastik tu lain, hidung ni asal memang sejak lahir kita ada, dari baby sampai ke tua pun, macam tu jugak rupa hidung kita, sebab tu tak boleh ubah, tapi gigi ni lain.
    Gigi asalnya tiada, pastu ada kemudian roboh (cabut gigi susu) dan tumbuh gigi kekal. Gigi kita jadi buruk pon sebab salah sendiri, contohnya: time kita nak roboh semua gigi, ada yang tak jaga gigi betul2, akibatnya buruklah~
   Tetapi bagi zaman yang semakin moden ni, dah ada kemudahan yang bantu mengemaskan rupa kita, gunakanlah peluang yang ada, istilahnya sama seperti rambut. Rambut kalau tak kemas mestilah nak sikat, kan? So, gigi tak kemas mestilah nak cantikkan.Rambut kalau gunting/botak berapa kali pun, tumbuh balik, sebab itulah hukumnya bukan haram

Monday 13 August 2012

Memahami Diam Seseorang

Tajuk diatas bermaksud perlakuan salah faham diantara kawan, biasanya perkara ni berlaku pada persahabatan antara perempuan, Fahamkan perbualan ini:
Si B: A, kamu sudah siapkan kerja sekolah math?
Si A: ... (diam tanpa memandang kearah kawannya
Si B: kamu dengar tak apa yang saya tanya tadi?
Si A: ... (masih diam, seakan menyombongkan diri)
Si B: aish! orang tanya, buat tak dengar pula (marah)
    perbualan se-simple macam ni pun sudah menimulkan perasaan marah dan salah faham antara satu sama lain, tidak salah untuk kita mendiamkan diri kerana dalam hadith nabi "jika seseorang itu sedang marah, hendakla dia mendiamkan diri, atau duduk, atau baring, dan jika masih tifdak reda marahnya hendaklah die mengambil wudhu' sesungguhnya marah itu daripada api,"
Kita harus tahu bahawa diam adalah signal untuk menunjukkan bahawa otak kita sednag bercekaru taupun hati tidak tenang, tetapi apabila diri diajukan soalan, hendak diam boleh tetapi kalau boleh berilah respon sedikit (angguk atau apa-apa isyarat badan).
   Tidaklah menimbul perasaan tidak puas hati. Dengan perlakuan ini, kedua-dua pihak akan berasa puas dengan tindakan masing-masing.